Ari sabtu lepas aku ingat nak jalan2 boring duduk kat umah.. Nak gi kl comfirm jalan jem... so aku gi 'The Store' je lah dekat jer ngan rumah aku... tengah aku sibuk tengok baju (bukan nak beli pun saje nak tengok hehehhehe) aku pun menjalankanlah aktiviti aku iaitu snap picture.. nak tengok pic yang aku ambil .... Kat mana2 pun ader sale tambahan pulak dekat nak rayer ni...
Tengah semua orang sibuk nak beli-belah, tiba2 aku terdengar bunyi musik macam orang tengah menari jadi aku pun sibuk lah nak gi tengok.. kan betul aku cakap.. penari kebudayaan dari mana tah aku pun tak tau tengah menari kat atas pentas.. jom layan lagi pic yang aku ambil ni...
Tadi penari kebudayaan buat persembahan lepas ni DJ tu cakap Aizat AF5 pun akan buat persembahan kat sini.., aku tak lah minat sangat kat aizat tu tapi suara dia boleh tahan gak so aku pun tunggu lah persembahan dia.., duduk kat depan pentas lagi.. Kurus betul lah aizat ni ubat aper lah dia makan tu sampai berjaya kuruskan badan dia tu... tapi suara dia memang best giler... persembahan dia sejam jer dari kul 0300 hingga 0400. Ari tu orang tak lah ramai sangat tu yang aku dapat duduk depan klu tak jangan harap lah ... aper pun aku ucapkan selamat ari raya buat semua yang mengenali diri ini..
0 ulasan:
Catat Ulasan