Isnin, 8 September 2008

Latihan Hari ketiga

27 Ogos 2008 adalah latihan kali ketiga,. tapi kali ni bukan di Kem Warbedurn tapi di Dataran Merdeka.. Wah memang best lah. tapi kitaorang kena awal datang sebab bas gerak kul 0630 pagi. jadi aku kena bangun awal dari biasa sebab nak sampai awal kat pwtc.tapi tak per lah demi perbarisan kontijen kementerian pelancongan (tourism malaysia)...

Baju - T-shirt Warna Kuning
Seluar - Track Warna Hitam
Tudung - Warna Putih
Cap - Warna Krim
Kasut - Kasut Sukan

Rasa semangat tu lebih sikit sebab masa kat kem tak lah ramai macam kat dataran merdeka.. sampai punyer lah awal tapi mula perbarisan kul 0900 pagi.

Sebab sampai awal jadi kitaorang pun lepak lah kat tepi jalan ni dulu. Bukan senang nak dapat lepak kat tepi jalan macam ni selalu., klu ari biasa mana dapat tapi klu nak lepak jugak aku sure korang semua mesti kene marah ngan abang polis..

Tengah seronok berborak kena panggil masuk barisan dah nak mula dah...., punyer lah semangat berbaris hehehehe.loh belum lagi rupanyer penat jer berbaris., dah duduk kat atas jalan pulak nak buat camner bukan nyer ader kerusi nak duduk..Kitaorang mula dari Masjid Negara Sampai Sogo.., Jauh tuh penat gak lah tapi seronok ... biler dah selesai sibuk nak tengok kontijen yang lain kawad.. untuk ari ni dah selesai sambung esok pulak.. kat dataran lagi...

0 ulasan: