Isnin, 22 September 2008

Shoping Raya

Ari sabtu lepas aku ingat nak jalan2 boring duduk kat umah.. Nak gi kl comfirm jalan jem... so aku gi 'The Store' je lah dekat jer ngan rumah aku... tengah aku sibuk tengok baju (bukan nak beli pun saje nak tengok hehehhehe) aku pun menjalankanlah aktiviti aku iaitu snap picture.. nak tengok pic yang aku ambil .... Kat mana2 pun ader sale tambahan pulak dekat nak rayer ni...

Tengah semua orang sibuk nak beli-belah, tiba2 aku terdengar bunyi musik macam orang tengah menari jadi aku pun sibuk lah nak gi tengok.. kan betul aku cakap.. penari kebudayaan dari mana tah aku pun tak tau tengah menari kat atas pentas.. jom layan lagi pic yang aku ambil ni...

Adik aku ni pun sibuk nak beli baju.. tengok dia pilih baju habis semua dia angkat.. nasib baik salesgirl tu tak marah dia... aper2 je lah dik janji ko bahagia di aidilfitri ni..

Tadi penari kebudayaan buat persembahan lepas ni DJ tu cakap Aizat AF5 pun akan buat persembahan kat sini.., aku tak lah minat sangat kat aizat tu tapi suara dia boleh tahan gak so aku pun tunggu lah persembahan dia.., duduk kat depan pentas lagi.. Kurus betul lah aizat ni ubat aper lah dia makan tu sampai berjaya kuruskan badan dia tu... tapi suara dia memang best giler... persembahan dia sejam jer dari kul 0300 hingga 0400. Ari tu orang tak lah ramai sangat tu yang aku dapat duduk depan klu tak jangan harap lah ... aper pun aku ucapkan selamat ari raya buat semua yang mengenali diri ini..

Khamis, 18 September 2008

Sakit Kepala.....

Dah berapa ari kepala aku ni berdenyut jer ni.. tapi aku boleh tahan lagi.. ari ni memang taak boleh tahan sakit giler.. migerin aku ni biler nak hilang pun aku tak tau lah tapi yang aku tau biler dia datang memang sakit.. so aku mc lah ari.. aku tak nak mc tapi biler bangun jer kepala aku macam nak pecah dah ni... tak per lah dah sakit nak buat camner kan.. ok lah kengkawan doakan aku sihat k..

Selasa, 16 September 2008

Ramadhan yang mulia

Hari demi hari berlalu, begitu juga dengan ramadhan semakin meninggalkan kita.. Tak lama lagi menjelanglah syawal.. mungkin ada sesetengah manusia yang yang suka mungkin ada yang sedih dengan berakhirnya ramadhan ini... tapi sepatutnya kita semua sedih dengan berlalunya ramadhan ini, kita tidak tahu sama ada kita akan bertemu lagi atau tidak akan ramadhan akan datang.. Bersyukurlah kita dengan segala nikmat dan rahmat yang telah diberikan kepada kita.. Bersedekah kepada yang kurang mampu dalam bulan ramadhan ini lebih banyak pahala berbanding dengan bulan yang lain. bukan bersedekah sahaja tetapi apa juga yang kita buat dengan ikhlas akan diberi pahala yang banyak oleh tuhan. marilah kita banyakkan amalan di bulan yang mulia ini.. semoga kita semua akan diberkati oleh tuhan... amin.

Isnin, 15 September 2008

Sahur

Salah satu cara untuk memudahkan sesiapa yang susah sangat nak bangun sahur.. boleh cuber lah kengkawan...


tapi aku nasihatkan klu korang nak buat tektik ni buat kat kengkawan jer jangan buat kat mak or ayah korang nanti tak pasal2 korang yang kena maki nanti...aku tak tanggungjawab tau aku cumer bagi idea jer...

Puasa


Ramadhan yang mulia kembali lagi, 1 September 2008 sama 1 Ramadhan 1429... Somoga kita akan mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia ini.. selamat berpuasa semua.

Isnin, 8 September 2008

Perbarisan Hari Kemerdekaan

Ahad 31 Ogos 2008, aku sampai lagi awal dari ari latihan aku sampai di pwtc kul 0600 pagi sebab nak sampai kat dataran merdeka kul 0630 pagi.. aku sembahyang kat masjid negara je lah mana tak nyer keluar rumah kul 0530 pagi.. rasa excaited biler sampai kat sana, bukan excaited nak kawad excaited nak ambil pic.. macam2 baju fesyen baju yang dapat di lihat kat sini.. selama ni aku tengok perbarisan kemerdekaan kat umah jer ni dapat tengok live seronok tu... baju kontijen kitaorang pun tak kurang hebat nyer....

Baju - Kemeja batik warna kuning + putih
Seluar - Slack Warna Hitam
Tudung - Warna Kuning
Cap - Warna Kuning + Hitam
Kasut - Kulit Hitam

Baju kontijen kitaorang nampak kemas lah biler dah berbaris ramai2.. jom layan pic yang sempat aku ambil semasa hari kemerdekaan kali ke 51....
tengok cantik tak kan aku dah cakap tak caye,.. ok lah tu kan.. nak lagi sempurna masuk lah askar ker plkn ker polis baru lah cantik kawad yer tak...

Itu semua cerita kemerdekaan kali-51,, agak bermakna buat aku untuk akli pertamanya.. semoga kemerdekaan yang dicapai oleh negara kita ini akan bersama kita nikmati dan jadikan negara kita lebih maju bukan saja negara malah diri kita sendiri yang perlu dimajukan untuk lebih berjaya... k.. Jom layan pic ini ...