Kerja kerja sehingga kini aku masih di opis pada waktu ini, terasa lenguh badan, saja aku berdiri di tepi tingkap untuk meluruskan badan... aku merenung ke tingkap terpandang suasana petang dari opis aku ni... matahari yang semakin tenggelam... disulami dengan awan yang berarak untuk melabuhkan tirainya... rasa sungguh selesa dan aman. walaupun dalam kepenatan saat ini rasa terubat sebentar. Mentari semakin lama semakin menghilang dari pandangan..
Disebabkan ini kali pertama aku menjadi PA ganti di tempat Kak anun (Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia iaitu Dato' Razali) mula2 rasa kekok bile dah semakin petang semuanye tak lah teruk sangat... jam menunjukkan pukul 7.30 petang..rasa hati ingin pulang ke rumah lebih awal tapi disebabkan kerja jadi terpaksa lah aku membatalkan niat aku tu..
aku melihat jam semakin hampir menunjukkan 8.00 malam, abg dolah pembantu kak anum keluar dari bilik Dato' bawak berita gembira nak tahu ape dia..........
mestilah gembira Dato' cakap aku boleh balik... suke tau.. ape lagi cepat2 aku kemas barang aku dan terus balik ke rumah bertolak dari opis pukul 8.00 malam dan sampai di rumah pukul 8.45 malam.. leganya dapat balik rumah...
Selesai tugas aku di opis ari ni.... sok ade lagi.. begini lah nama nya kerja.. tapi kerja tu tak pernah habis dan tak kan habis. jadi pandai2 lah cari peluang untuk bersama2 keluarga ataupun yang TERSAYANG......
Dah habis la,,, nampak serius jer bile korang membaca..
sory.. hehehehehehe :)
Selasa, 19 Ogos 2008
Kala ini
Dicatat oleh Dzuriyati di 3:40 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan