Isnin, 7 April 2008

Ingatan buat semua

Menjaga hati dan perasaan sahabat supaya jangan retak atau tersinggung melalui percakapan atau perbuatan adalah lebih baik dari memperbaiki sesudah tergoris hatinya kerana ia memerlukan masa untuk
menghilangkannya.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaan kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah penuh ceria. Semoga kamu menemukan orang yang seperti itu meskipun sementara.

Apa yang berlaku bukan kehendakmu tetapi adalah sesuatu yang telah di atur untuk menguji kamu sama ada menerimanya atau menoloknya.

Hiduplah sebagaimana yang kamu sukai (tetapi ingat) bahawasanya engkau akan mati. Cintailah siapa yang engkau sukai (tapi jangan lupa) bahawasanya engkau akan berpisah dengan dia. dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal denganya.

Anda tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda. Oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur.

Bersalam-salamlah kamu supaya hilang kebencian dari hatimu. Tunjuk menunjukilah supaya kamu timbul rasa cinta dan hilang persengkitaan di antara kamu. Agar tidak ada perangai busuk hati yang berpanjangan akhirnya membawa kerugian kedua-dua pihak yang terlibat.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kerapkali kita terpaku lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

1 ulasan:

Solly Salihah berkata...

cayalah kakak...
aku suka statment ko...
paper pun hope kita akan terus kekal kawan...