Sepanjang perjalanan di dalam kereta, anak saya yang berumur 6 tahun, ( BUKAN NAMA SEBENAR SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM CERITA INI HANYA SECARA KEBETULAN SAHAJA PENULIS MEMOHON MAAF SEKIRANYA NAMA MEREKA TERLIBAT ).
Wan, duduk di tempat duduk belakang kereta tanpa berkata apa-apa dan tidak buas seperti biasa. Saya berasa begitu bersyukur adiknya, Akim yang berumur 2 tahun terpaksa saya pangku di bahagian hadapan. Suami sayapun sekali sekala menjeling saya kerana sedar anaknya hari ini nampaknya begitu BAIK sekali.
Dengan itu, apabila sampai sahaja di rumah emak saya di Pekan Parit Perak dan apabila kami turun dari kereta, saya terus menyapa Wan dan berkata, “Alhamdulillah, BAIK sungguh anak mak hari ini, macam inilah lain kali, bukankah senang ayah memandu kereta.”
Wan menolak saya dan menumbuk-numbuk perut saya dan terus menangis sekuat-kuat hatinya. Apabila saya cuba mendekatinya, dia terus menendang saya. Ayahnya juga cuba dekat tetapi terus diterajangnya juga sambil terus menangis. Saya terus bertanya, “Apa kena Wan, apa yang mak kata yang tidak kena...”
Atuknya pun terus datang memeluknya dan mendukungnya. Wan memaut leher atuknya sekuat-kuat hatinya dan kepalanya terlentuk di atas bahu atuknya. Air mata meleleh tidak berhenti tetapi tangisannya tidak nyaring lagi. Atuknya dengan penuh perasaan menggosok-gosok belakangnya.
Selepas beberapa minggu peristiwa itu berlalu, barulah kami suami isteri dapat mengesan sebab-sebabnya. Wan sendiri telah memberitahu kami. Katanya, di sepanjang perjalanan ke Pekan Parit Perak itu, Wan sedang memikirkan apakah caranya untuk dia dapat duduk di atas riba emaknya dan bukan adiknya.
Akhirnya dalam pemikirannya tercetus satu “idea” iaitu sekiranya kereta ini terbelah dua, ayah, ibu dan dia sendiri akan selamat tetapi adiknya yang duduk di antara emak dan ayahnya itu akan mati. Dengan itu, adiknya tidak lagi akan menjadi pencabar kepada Wan untuk menakluki sepenuhnya kasih sayang ibu dan ayahnya. Jadi, apabila ibunya memujinya “BAIK sungguh Wan hari ini”, ibu telah menyentuh peribadinya yang pada waktu itu berasa amat cemburu terhadap adiknya. Pujian ini telah menunjukkan perasaannya yang sebenar.
Rumusan Kebanyakan ibu bapa dan orang dewasa menganggap PUJIAN itu baik dan akan meningkatkan keyakinan anak serta membina MARUAH DIRInya. Biasanya, PUJIAN yang diarahkan kepada perasaan atau PERSONALITI akan berakhir dengan tekanan dan perangai yang tidak diingini.
Seperti peristiwa Kasim tadi, pujian itu tidak kena kerana waktu pujian diberi, perasaan dan apa yang ada di dalam pemikiran anak tidak secocok dengan PUJIAN tersebut.
Adakah ini bermakna kita tidak boleh memuji anak? Tidak sekali-kali. Ini hanya bermakna PUJIAN mestilah ada harganya dan tidak boleh diberi secara tidak tentu arah. Ada beberapa peraturan yang harus kita ikuti apabila kita hendak memberi ubat kepada anak kita, iaitu ubat itu mestilah sesuai dan ada masanya serta ada dosnya. Demikian juga dengan ubat EMOSI, mestilah sesuai, kena pada masanya dan kena pada dosnya.
Peraturan memuji
Peraturan pertama : Apabila kita menyampaikan PUJIAN (tidak kira umur anak itu), PUJIAN itu diarahkan kepada perbuatan atau pencapaian anak itu dan bukan kepada perangai, personaliti dan perasaan anak itu. Dengan itu, kalau anak mengemas biliknya, pujian yang sepatutnya ialah “Terima kasih sayang kerana telah membantu ibu. Bilik ini nampak sungguh teratur dan bersih”, dan tidak “Baik sungguh anak ibu hari ini.”

Peraturan kedua : PUJIAN itu mestilah disampaikan dengan jelas, tepat, dengan tidak menyindir dan dengan penuh ikhlas. Jika kita hanya menyindir, maka anak kita itu akan dapat mengesannya melalui daya intuisinya.
Peraturan ketiga : Kita sebagai ibu dan ayah serta orang dewasa yang sering berdamping dengan anak itu, akan sentiasa memahami gerak-geri, tutur bicara anak dan PUJIAN dibuat pada masa dan tempat yang sepatutnya.
Peraturan keempat : Setiap kali kita melafazkan sesuatu kita mestilah menentukan bahawa : Apa yang kita perkatakan itu akan menjaga maruah kita sendiri dan maruah anak. Kata-kata yang menunjukkan kita faham terlebih dahulu sebelum kita menyampaikan nasihat.
Peraturan kelima : Sejumlah besar anak lebih gembira sekiranya kata-kata PUJIAN ini disampaikan secara peribadi dan tidak di hadapan orang lain.

Di dalam perhubungan kita dengan anak, ada dua komponen yang harus kita ambil kira :
Komponen yang pertama ialah perkataan yang dikeluarkan.

Komponen kedua ialah perasaan kita waktu kita mengeluarkan pertuturan itu. Perkara ini sungguhpun tidak disebut akan dapat difahami oleh anak.
0 ulasan:
Catat Ulasan