Isnin, 31 Mac 2008
gambar poloroid aku
Ahad, 30 Mac 2008
Bandingan manusia dan buah
Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.
Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.
Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.
Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.
Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.
Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!
Nama Dalam Bahasa Jepun
Klu korang nak try nama korang masuk kat
http://rumandmonkey.com/widgets/toys/namegen/721/
Dicatat oleh Dzuriyati di 5:39 PTG 0 ulasan
Label: selamat mencuba
Isnin, 24 Mac 2008
Seksa suami dan isteri
Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah
bilik yang sederhana besar, di atas katil......
sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru
masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi
isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....
Isteri: Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu....
abang selalu pegang tangan saya bila
kita nak tido." Suaminya dengan separuh
sedar, menggenggam tangan isterinya,
pas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika pas tu,
Isteri: si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....
abang selalu cium saya.
" Si suami dengan rasa terganggu,
mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si isteri.
Pas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat,
Isteri: si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....
abang selalu gigit-gigit leher saya......
" Dengan perasaan marah dan geram,
si suami melontar selimutnya
dan bangun dari katil tu.
Isteri: Si isteri bertanya,"Abang nak gi maner tu?"
Dengan marah suaminya menjawab,
Suami: "Nak gi amik gigi ..."
HAHAHAHHA......................
nape tak gelak nikan lawak gelak lah Ha.Ha.Ha.
Anugerah
Anak sememangnya anugerah tuhan yang tidak ternilai, apabila kita telah diberi anugerah ini hendaklah kita menjaganya, memeliharanya dengan sebaik mungkin..
Tetapi kadang-kadang manusia lupa untuk memelihara anugerah ini dengan sebaiknya.
Bagi mereka yang mudah untuk mendapatkan anugerah ini mereka sering lupa untuk bersyukur dengan anugerah yang diberikan kepada mereka..
Tapi bagi mereka yang tidak mudah untuk mendapatkan anugerah itu harus berusaha dengan lebih gigih dan percaya bahawa mereka juga berpeluang untuk memiliki anugerah itu juga..
Renungan
Selasa, 18 Mac 2008
Tak suka tau....
Semalam bos aku masuk kat dalam bilik aku ni, dia cakap nak pengganti untuk jurutaip kat bahagian eropah/amerika sebab jurutaip kat sana cuti bersalin. Aku buat tak tau jelah aku ingat aku tek kena tapi nasib tak menyebelahi aku. Jadi maknanye aku kene pergi jugak walaupun aku tak nak pergi.. bukannye sekejap lama sampai bulan mei 2008. Aku pun pergilah kat sana aku ingat banyak sangat kerja sempai kena ganti alih-alih aku duduk je sampai petang. Yang aku tak paham tu kenapalah bos aku tu suruh aku ganti tempat orang sedangkan kat bahagian aku ni aku sorang je jurutaip rasa macam nak marah tapi nak buat camne aku ni orang bawahan je jadi kenalah ikut perintah kalau tak nanti kena tindakan...eemmm tah ler.
Rahsia diri
Dicatat oleh Dzuriyati di 5:38 PTG 0 ulasan
Label: Iktibar untuk semua....
Jumaat, 14 Mac 2008
Cinta
Dicatat oleh Dzuriyati di 2:25 PG 0 ulasan
Label: cinta emmm..
Isnin, 10 Mac 2008
Salah Kata Pujian
Wan menolak saya dan menumbuk-numbuk perut saya dan terus menangis sekuat-kuat hatinya. Apabila saya cuba mendekatinya, dia terus menendang saya. Ayahnya juga cuba dekat tetapi terus diterajangnya juga sambil terus menangis. Saya terus bertanya, “Apa kena Wan, apa yang mak kata yang tidak kena...”
Atuknya pun terus datang memeluknya dan mendukungnya. Wan memaut leher atuknya sekuat-kuat hatinya dan kepalanya terlentuk di atas bahu atuknya. Air mata meleleh tidak berhenti tetapi tangisannya tidak nyaring lagi. Atuknya dengan penuh perasaan menggosok-gosok belakangnya.
Selepas beberapa minggu peristiwa itu berlalu, barulah kami suami isteri dapat mengesan sebab-sebabnya. Wan sendiri telah memberitahu kami. Katanya, di sepanjang perjalanan ke Pekan Parit Perak itu, Wan sedang memikirkan apakah caranya untuk dia dapat duduk di atas riba emaknya dan bukan adiknya.
Akhirnya dalam pemikirannya tercetus satu “idea” iaitu sekiranya kereta ini terbelah dua, ayah, ibu dan dia sendiri akan selamat tetapi adiknya yang duduk di antara emak dan ayahnya itu akan mati. Dengan itu, adiknya tidak lagi akan menjadi pencabar kepada Wan untuk menakluki sepenuhnya kasih sayang ibu dan ayahnya. Jadi, apabila ibunya memujinya “BAIK sungguh Wan hari ini”, ibu telah menyentuh peribadinya yang pada waktu itu berasa amat cemburu terhadap adiknya. Pujian ini telah menunjukkan perasaannya yang sebenar.
Rumusan Kebanyakan ibu bapa dan orang dewasa menganggap PUJIAN itu baik dan akan meningkatkan keyakinan anak serta membina MARUAH DIRInya. Biasanya, PUJIAN yang diarahkan kepada perasaan atau PERSONALITI akan berakhir dengan tekanan dan perangai yang tidak diingini.
Seperti peristiwa Kasim tadi, pujian itu tidak kena kerana waktu pujian diberi, perasaan dan apa yang ada di dalam pemikiran anak tidak secocok dengan PUJIAN tersebut.
Adakah ini bermakna kita tidak boleh memuji anak? Tidak sekali-kali. Ini hanya bermakna PUJIAN mestilah ada harganya dan tidak boleh diberi secara tidak tentu arah. Ada beberapa peraturan yang harus kita ikuti apabila kita hendak memberi ubat kepada anak kita, iaitu ubat itu mestilah sesuai dan ada masanya serta ada dosnya. Demikian juga dengan ubat EMOSI, mestilah sesuai, kena pada masanya dan kena pada dosnya.
Peraturan memuji
Peraturan pertama : Apabila kita menyampaikan PUJIAN (tidak kira umur anak itu), PUJIAN itu diarahkan kepada perbuatan atau pencapaian anak itu dan bukan kepada perangai, personaliti dan perasaan anak itu. Dengan itu, kalau anak mengemas biliknya, pujian yang sepatutnya ialah “Terima kasih sayang kerana telah membantu ibu. Bilik ini nampak sungguh teratur dan bersih”, dan tidak “Baik sungguh anak ibu hari ini.”
Peraturan kelima : Sejumlah besar anak lebih gembira sekiranya kata-kata PUJIAN ini disampaikan secara peribadi dan tidak di hadapan orang lain.
Komponen yang pertama ialah perkataan yang dikeluarkan.
Khamis, 6 Mac 2008
Mari mengundi
Esok 8 march 2008 adalah hari mengundi di malaysia..
jadi marilah kita mengundi untuk masa hadapan negara.
marilah mari pergi mengundi
tunaikan kewajipan pada negara..
Ni antara gambar semasa kempen mengundi.
Dicatat oleh Dzuriyati di 7:09 PTG 0 ulasan
Label: Undi jangan tak undi.....
Rabu, 5 Mac 2008
Masa
Tahun berganti tahun................;
Bulan berganti bulan...............;
Hari berganti hari.................;
Jam berganti jam...............;
Minit berganti minit........;
Saat berganti saat.........;
Detik berganti detik...;
Apa yang telah berlaku tidak mungkin dapat kita untuk mengubahnya, tapi apa yang boleh dilakukan ialah mencuba untuk berubah dan menjadi yang terbaik mungkin dapat kita lakukan.
Sekiranya kita telah mencuba tetapi masih belum bertemu dengan kejayaan atau kebahagian yang kita cari, sabar kerana kunci kepada kejayaan adalah kesabaran dan pengorbanan.
Suatu hari nanti pasti bertemu. Sebab tuhan menjadikan setiap benda dalam dunia berpasangan contohnya
Siang dan malam....................;
Lelaki dan wanita.................;
Sihat dan sakit....................;
Miskin dan kaya...............;
Tua dan muda.................;
Langit dan bumi............;
Usaha dan kejayaan...;
Tuhan maha mengetahui akan segalanya. Pasti usaha kita akan beroleh dengan kejayaan. Jadi janganlah lupa dengan mereka yang banyak membantu kita sehingga kita mencapai kejayaan.
Dan jangan juga kita sombong dan memandang hina mereka yang kurang berjaya. Mereka yang tidak berjaya bukanlah kerana meraka tidak mahu tetapi mereka tidak diberi peluang dan ruang oleh mereka yang berjaya kerana mereka yang berjaya sibuk menjaga kedudukan mereka dan mereka lupa hendak membantu yang tidak berjaya.Sesungguhnya mereka itu lupa yang tuhan sedang melihat mereka, setiap perbuatan pasti mendapat balasan..
Dicatat oleh Dzuriyati di 4:08 PTG 0 ulasan
Label: manusia boleh berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya