2 Mei 2008 aku ngan kawan aku gi makan malam kat Legend Hotel makan malam bersama mantan.. Mula aku dengan perkataan MATAN tu macam pelik sikit rupanya matan tu bermaksud bekas menteri. Aku ngan soly lah cam biasa ialah aku ni tak banyak kawan... Suasana kat dalam hotel tu mewah sangat, dan yang paling penting makanan dia sedap..hehehehehe. Nak tengok pic kitaorang kat sana..
rasa enjoy sangat sekali-sekala dapat makan ngan kawan 2 satu opis.. Aku ngan soly sekejap kat sana, kitaorang terpaksa balik awal sebab tak de transport nak balik so kena naik train tak bleh lah nak tunggu sampai habis sebab acara habis dalam kul 12.00 malam..
Sabtu, 3 Mei 2008
Makan Malam Bersama Mantan
Rabu, 30 April 2008
Cuti Hari Pekerja
Esok 1 Mei 2008 adalah cuti untuk pekerja.. Aku klu bab cuti ni memang paling suke sangat... Tapi aku tak de lah plan nak gi mana2 sebab mak aku sakit masuk hospital so malas lah nak enjoy sangat(bukan malas tapi rasa macam tak baik pulak mak aku kat hospital sakit aku pulak seronok gi jalan2) So aku nak wish kat semua pekerja di Malaysia selamat bercuti dan selamat hari pekerja.. Semoga akan menjadi pekerja yang lebih berdedikasi dan lebih semangat... k
Dicatat oleh Dzuriyati di 2:58 PG 0 ulasan
Label: Selamat bercuti kawan2....
Selasa, 29 April 2008
...::AF 6::...
Last weak aku soly, amar, emy ngan zam kitaorang gi tengok konsert af kat Dewan MPPJ. Kitaorang dah lame plan nak gi tapi masa je yang tak mengizinkan, so bila dapat peluang minggu lepas kitaorang pun on je lah.. Nak support kawan lah katakan sapa lagi klu bukan si NUBHAN tu.. Walaupun aku baru je kenal ngan NUBHAN ngan kawan2 dia tapi diaorang semuanya best dan yang paling peting sekali boleh masuk kepala aku..Antara ahli nubhan fc yang suke sangat bergambar hehehehe
Gambar kitaorang mestilah ader...jelous lah tu..
bergambar lagi.....hehehehe
Rosma ngan Khai punye persandingan pun diadakan kat dalam dewan tu gak...

Ni bunga telur dari khai ngan rosma...
Isnin, 21 April 2008
...Sate kajang...
Gambar lama ni aku tak tau lah ape motif diaorang gantung kat kedai ni tapi aku rase ,, ni gambar masa mula2 camne tuan punye sate kajang ni menjalankan perniagaan sate ni kot... aku agak je...hehehe..
Dapat anugerah Malaysia Book Of Record lagi cayalah...
Aku harap lebih ramai lagi usahawan melayu yang berjaya camni.. Tapi orang melayu bukan boleh tengok orang lain lebih dari dia mula lah dengki pastu yang lagi teruk siap main bomoh lagi nak jatuh kan orang lain.. harap2 mereka yang ada perasaan dengki tu berubah lah. Tak salah rasenya bersaing dengan cara yang sihat.. masing2 dapat untung.
Dicatat oleh Dzuriyati di 6:33 PTG 1 ulasan
Label: bak kata pepatah bersusah dahulu bersenang kemudian, Usaha tangga kejayaan
...Ala inggeris...
Aku tak lah berapa suke sangat ngan koleksi vantage alah yang tengah populer sekarang ni pinggan mangkuk ala inggeris tapi bile aku gi kat rumah saudara aku lawa pulak tengok cara dia hias rumah dia ala inggeris bukan setakat koleksi pinggan mangkuk tapi satu rumah dia buat ala inggeris tapi yang aku pelik tu anak2 dia semuanya kecil lagi, anak2 dia tak main ke semua barang perhiasan tu.. mesti dia dah warning anak dia awal2 lah tu.. aku agak je.. tak caya tengok lah niAku suke tengok rumah sepupu aku ni kemas and bersih...
Outstation
Ari ni aku aku gi Port Dickson ade keje kat sana.,aku gi 3 hari je sampai hari jumaat. Sebenarnya aku tak berapa excited nak gi sangat ialah tak de kawan yang sekepala ngan aku,, tapi disebabkan keje aku pun dengan separuh relanya gi jugak lah kat sana..aku harap korang akan doakan aku selamat pergi dan selamat pulang.. k nnt kat sane klu ade peluang aku jalankan lah projek aku ape lagi klu bukan ambil gambar.. hehehehe Dah sampai kat Port Dickson..
Aku gi bengkel penggubalan soalan,, bukan aku yang buat soalan tapi taip soalan je
Koleksi peribadi yang aku suker sangat
Antara koleksi yang aku suka dan yang aku ader.....
Bila dah menceburkan diri dengan blog ni hobi aku ambil gambar, pantang ader yang cantik sikit semua nak ambil gambar buat kenang r and gambar yang aku ambil tu bleh masuk blog..hehehe ni je lah keje aku masa lapang cuci gambar.....
Aku minat gak baca novel boleh tahan gak lah banyak yang aku dah baca..nnt aku tunjuk antara koleksi novel yang aku ader k..
walau ape pun minat dan hobi kita, janji ape yang kita buat tu benda yang betul dan tidak memudaratkan diri, tul tak kawan2.. dan kita jugak tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah...itu sajelah pesan ku wahai mambang.., eh bukan mambang la tapi semua kawan2ku...

