Selasa, 8 April 2008

Tahukah kamu

!......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram

!......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

!......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat

!......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

!......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji

!......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

!......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum

!......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid

!......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

!......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

!......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama

!......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

!......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

!......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan

!......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

!......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

!TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa
...KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

Isnin, 7 April 2008

Ingatan buat semua

Menjaga hati dan perasaan sahabat supaya jangan retak atau tersinggung melalui percakapan atau perbuatan adalah lebih baik dari memperbaiki sesudah tergoris hatinya kerana ia memerlukan masa untuk
menghilangkannya.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaan kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah penuh ceria. Semoga kamu menemukan orang yang seperti itu meskipun sementara.

Apa yang berlaku bukan kehendakmu tetapi adalah sesuatu yang telah di atur untuk menguji kamu sama ada menerimanya atau menoloknya.

Hiduplah sebagaimana yang kamu sukai (tetapi ingat) bahawasanya engkau akan mati. Cintailah siapa yang engkau sukai (tapi jangan lupa) bahawasanya engkau akan berpisah dengan dia. dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal denganya.

Anda tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda. Oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur.

Bersalam-salamlah kamu supaya hilang kebencian dari hatimu. Tunjuk menunjukilah supaya kamu timbul rasa cinta dan hilang persengkitaan di antara kamu. Agar tidak ada perangai busuk hati yang berpanjangan akhirnya membawa kerugian kedua-dua pihak yang terlibat.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kerapkali kita terpaku lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Kisah kawan

Malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap denganya keesokan harinya. Dia senyum kepadamu. Sebaliknya kamu mengetap gigimu kepadanya. Dia menceritakan perkara yang baik tentang kamu kepada kawan-kawan yang lain. Kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya. Dia cuba mendekatimu dan menegurmu. Tapi kamu menolaknya ke tepi. Baginya kamu seorang kawan yang terbaik. Kamu pula rasa dia seorang kawan yang paling teruk pernah kamu jumpa. Dia pun menulis nota kepadamu dan menceritakan semua kenangan manis yang pernah kamu dan dia kongsi bersama. Kamu pula menulis semua saat buruk yang kamu ingat sepanjang bersamanya. Jauh di sudut hatimu kamu mengasihinya. Tapi di hatimu sudah penuh dengan kebencian. Keesokan harinya kamu jumpa satu nota daripadanya:

Dear_________, saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tidak beri peluang untuk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut untuk mendengarnya,Saya cuba untuk senyum kepadamu tapi kamu sambut senyuman saya dengan kebencian. Sekarang ni keadaan saya sangat teruk dan makin teruk. Saya minta maaf sebab hari ni saya tak dapat berjumpa dengan kamu. Saya tulis surat semasa saya di hospital. Saya sudah kesuntukan masa. Saya minta maaf sebab terpaksa beritahu kamu sekarang. Saya minta maaf atas pergaduhan kita, kamu memang seorang kawan yang hebat. Saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu. Salam kasih sayang,__________

Kamu pun berlari ke hospital untuk meminta maaf padanya. Tapi hanya ibunya saje yang ada di situ. Ibunya menekap mukanya dengan kedua belah tanganya. Dan dia pun menangis. Dia melutut dan berdoa supaya tuhan kembalikan anaknya. Kamu sudah terlambat. Kamu berharap dapat beritahu kawanmu yang kamu hendak meminta maaf dan ucapkan selamat tinggal.

PENGAJARANNYA: SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN. DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA MAAF. JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU. SBB KAMU TAKKAN TAHU APE AKAN TERJADI ESOK HARI. KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS TERAKHIR, TOLONG FORWARDKAN EMAIL INI DAN TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU BENAR2 MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN. KAMU MASIH BERHATI PERUT JIKA KAMU FWRDKAN EMAIL INI PD SEORG SHJ. TAPI JIKA KAMU TIDAK BUAT BEGITU, BOLEH KATAKAN YG BILA KAMU PERLUKAN PERTOLONGAN, TIADA SIAPA YG AKAN MEMBANTU KERANA KAMU TIDAK MENGINGATI SURAT INI. I'M THANKFUL U'RE MY FREN!

Mari berdoa











Ahad, 6 April 2008

Maksud huruf pertama nama

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

APRIL

Dah masuk bulan april sekejap jer rasa masa berlalu.. Bulan april ni aku belum update blog lagi ni baru nak update.. maklumlah kena ganti orang ni tak best sangat jadi lambat lah aku update.. banyak yang aku nak tulis tapi bila kat tempat orang ni rasa tak semangat nak buat blog.. k harap semua yang mengenali diri ini berjaya dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan...
cayok..cayok..cayok.

Isnin, 31 Mac 2008

gambar poloroid aku


layan jer lar........
klu korang nak wat jugak
masuk kat
kat sane ade macam2 benda yang korang
semua leh buat...k