Hari ini hari pertama semua umat islam menunaikan ibadah puasa..
Aku rindu sangat pada keluarga aku kat kampung.
Teringat masa aku kecil, bila balik kampung nak sambut puasa dengan
atuk, opah, semua pak cik ngan mak cik, sepupu aku rasa happy sangat.
Tapi sekarang atuk dah tak de....
Walau macam mane pun aku tetap happy dengan ape yang ade sekarang.
Rabu, 12 September 2007
Puasa
Selasa, 11 September 2007
Bersara dah sorang kawan aku.
31.08.2007 tarikh persaraan kawan aku (Maznah Bt Md. Nor) Semaga menempuh hari akan datang dengan lebih ceria.
Kak Maznah dah bersara. aku pun akan bersara satu hari nanti bila dah cukup tempoh perkhidmatan, tapi sebelum itu aku mesti menempuhi pelbagai dugaan ada yang senang ada yang susah, itu semua lumrah kehidupan sebagai manusia..
Dicatat oleh Dzuriyati di 6:32 PTG 0 ulasan
Label: lepas ni turn siapa pulak bersara kita tengok je lah nanti..
Ramadhan ini
Bertemu kembali dengan Bulan mulia Bulan Ramadhan.
Cuma kali ini aku menyambutnya di tempat kerja baru aku di PWTC.
Kali pertama aku menyambut Ramadhan semasa bekerja di ESSO BRP.
Kemudian di Pusat Darah Negara.Dan kini di Tourism Malaysia.
Walaupun tempat menyambutnya berbeza tetapi aku tetap akan cuba
melakukan Ibadah Puasa dengan sebaik mungkin.
Sudah dua tahun aku berpuasa sebagai seorang isteri.
Semakin banyak pengalaman hidup berumahtangga dan
semakin aku mengenali suamiku.
Aku bersyukur dengan segala yang telah di anugerahkan
oleh Tuhan kepada aku. Dari aku mula mengenali dunia
hingga kini.. Terima Kasih dan aku bersyukur YA TUHANKU..
Aku akan sentiasa berdoa untuk kebahagian
aku, suami, keluarga, sahabat
dan seterusnya untuk muslimin dan muslimat..
Periksa la pulak..
Ahad, 26 Ogos 2007
Urusetia Hari Keluarga
Selasa, 21 Ogos 2007
Tenang dan aman...Peace No War
Family Day
Jumaat ni bersamaan dengan 24 Ogos 2007 (11 Rejab 1428 Hijrah) Aku ngan semua staff TOURISM MALAYSIA gi family day kat bukit merah lake town resort. Aku pergi naik bas (bas no 1).Hari ahad balik kat kl balik..

