Bertemu kembali dengan Bulan mulia Bulan Ramadhan.
Cuma kali ini aku menyambutnya di tempat kerja baru aku di PWTC.
Kali pertama aku menyambut Ramadhan semasa bekerja di ESSO BRP.
Kemudian di Pusat Darah Negara.Dan kini di Tourism Malaysia.
Walaupun tempat menyambutnya berbeza tetapi aku tetap akan cuba
melakukan Ibadah Puasa dengan sebaik mungkin.
Sudah dua tahun aku berpuasa sebagai seorang isteri.
Semakin banyak pengalaman hidup berumahtangga dan
semakin aku mengenali suamiku.
Aku bersyukur dengan segala yang telah di anugerahkan
oleh Tuhan kepada aku. Dari aku mula mengenali dunia
hingga kini.. Terima Kasih dan aku bersyukur YA TUHANKU..
Aku akan sentiasa berdoa untuk kebahagian
aku, suami, keluarga, sahabat
dan seterusnya untuk muslimin dan muslimat..
Selasa, 11 September 2007
Ramadhan ini
Dicatat oleh Dzuriyati di 6:19 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan