Khamis, 27 November 2008

Cinta....

Photobucket

Kadang kala hati ini merindui..... Kadang kala hati ini ingin dekat dengannya........ Kadang kala hati ini tak ingin berpisah denganya..... Tapi pertemuan dan perpisahan adalah lumrah hidup.... Harusnya kita menghargai apa yang kita milik sekarang ini..

Birthday aku

24 NOVEMBER 2008. adalah birthday aku yang ke 24 tahun.. dah semakin bertambah lah umur aku.. tahun depan aku dah berumur 25 tahun.. 26 NOVEMBER 2008 birthday adik aku so aku sambut kat umah jer ngan family aku... aku punye birthday ... tapi aku yang belanje diaorang makan jer tak per lah kate family tak kan lah nak berkira sangat kan..

Satay Kajang tapi beli kat restoran jejantas sungai buloh nak gi kajang jauh sangat la..
Buah pisang untuk pencuci mulut...
Pizza nama ape ni aku dah lupe lak....
Ni pun aku dah lupe name ape maklum lah selalu sangat makan pizza tu yang lupe name ape.. hehehehe.
Ni birthday kek aku ngan adik aku.. Kek Cispy Chocolat... sedap tuuuuu.

ni jer lah menu nak selebrit birthday aku ringkas tapi sedap dan padat untuk kenyangkan perut.. hhahahaha


happy birthday untuk aku dan adik aku semoga kita semua akan sentiasa diberkati oleh tuhan..

Rabu, 12 November 2008

Tips Senaman Untuk Wanita

Petua Senaman Istimewa Wanita

Senaman Tupai
Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. Caranya : Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang untuk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dengan kuat, lepaskan nafas dengan kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dan ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.

Senaman Kiambang
Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj. Caranya: Duduklah dengan keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikan kedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dengan meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.

Senaman Klasik Kemutan Faraj
1. Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri
(peha dan kaki dirapatkan).
Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
2. Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak
(lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
Proses Pengemutan –
(a). Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut.
(b). Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak.Kemut - Seperti menahan air kencing. Saranan - Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan ketika ada waktu yang sesuai.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Petua 1 : Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.
Petua 2 : Rebus akar serapat dan akar kacip fatimah dan minum airnya. Ramuan ini dapat mengurangkan air pada faraj dan mengetatkan faraj.
Petua 3 : Rebus biji manjakani dengan beberapa helai sireh dalam periuk. Apabila menggelegak, wapkan faraj anda dengan wap rebusan tersebut. Air rebusan yang telah sejuk boleh digunakan sebagai pencuci faraj.

Merawat Senggugut
Petua 1 : Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Petua 3 : Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4 : Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab.
Petua 5 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara hendak telan tidak kisahlah macam mana pun . Tetapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .
Petua 6 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
Sengugut Lama - Amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut. Ambil 7 biji limau nipis dan dicampur segenggam beras lalau diembun selama satu malam. Minumlah air tersebut pada waktu pagi sebelum bersarapan.

Memulih Puting Payudara Dari Retak-Retak
Untuk memulihkan retakan pada puting, ambil minyak kelapa hijau dan campurkan sedikit halba. Sapukan pada hujung puting anda. Jangan lakukan ketika menyusu anak.

Masalah Keputihan Pada Faraj
Petua 1 : Ambil beberapa keping daun sireh dan segenggam pinang kering yang dihiris nipis. Direbus ber! sama air sebanyak 1 litre sehingga mendidih. Biarkan sejuk, campukan dengan sedikit air bersih buat basuhan pada bahagian sulit wanita tersebut, lakukan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga masalah selesai.
Petua 2: Ambil madu lebah (asli sahaja) satu sudu makan campurkan dengan sedikit air bersih. Dengan menggunakan jari oleskan pada seluruh bahagian sulit wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.
Petua 3 : Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang.
Petua 4 : Rendam lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari pagi dan petang. Bunga itu boleh direndam berulang-ulang sehingga pahitnya hilang.
Petua 5 : Rebus 10 biji manjakani, 10 biji buah keras, 10 helai daun sireh, 2 biji limau nipis dan segenggam akar serapat dan kacip siti fatimah. Wapkan faraj anda dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang telah suam atau sejuk pula digunakan untuk mencuci faraj anda ketika membuang air kecil.

Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Petua 1 : Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.
Petua 2 : Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.
Petua 3 : Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.

Air Susu Badan Berlebihan
Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil. Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air susu berkurangan.

Petua Sayang Suami
Bagi wanita yang inginkan lebih tenaga sewaktu berjima' dgn suami, amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut. Anda perlulah bangun tidur sebelum suami terjaga kerana petua ini tidak mujarab jika suami sudah terjaga. Rendamkan 3 jenis daun bunga yang berasingan (sebaiknya bunga yang berlainan warna) bersama dengan sedikit madu asli ke dalam sebaldi air suam selama 30 minit. Mandi menggunakan air ini. Kemudian baru kejutkan suami untuk mengetahui hasilnya. InsyaAllah...

Memerahkan Puting Yang Lebam
Puting payudara yang kelihatan lebam dan hitam dapat dikembalikan kepada warna asal. Ambil 3 helai sireh dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah. Perah air sireh ini dan sapukan di sekitar puting . Lakukan setiap malam sehingga berhasil.

Memulihkan Bibir Faraj Yang Lebam
Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.

Petua Kemutan Faraj
Kemutan faraj yang berkesan akan memberi kenikmatan yg tak terhingga semasa jima', baik kepada isteri maupun suami. Latihan kemutan faraj boleh dilakukan secara sedar setiap hari. Untuk melakukan latihan kemutan luar, cuba fokus seolah-olah sedang menahan kencing iaitu dengan menarik otot punggung ke dalam. Ulang sebanyak 20 kali sedaya-upaya serta tahan kemutan itu 7 saat pada setiap kali dilakukan. Untuk melakukan latihan kemutan dalam, lakukan seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buat setiap hari selama beberapa minggu. Teknik kemutan ini dapat meningkatkan kebahagiaan suami isteri.

Mengelak Alat Sulit Berbau
Petua 1. Ambil dua helai daun sireh dan juga pucuk pegaga. Rebus keduanya hingga hampir hancur. Sejukkan air rebusan tadi dan cucilah alat sulit 2-3 kali sehari. InsyaAllah, bau dan gatal-gatal pada alat sulit akan hilang.
Petua 2. Ini ada petua Jawa untuk mengharumkan faraj. Ambil daun kemangi sebanyak 25 gram, pandan wangi sebanyak 5 gram, gula aren (batu) juga 5 gram serta garam secukup rasa. Daun kemangi dan pandan wangi ditumbuk lumat dan kemudian dicampur setengah gelas air. Tapis dan perah airnya. Campur garam dan gula aren secukup rasa. Bancuh sehingga sekata. Minum selepas makan malam dan menjelang tidur. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu berturut-turut.

Menguatkan Tenaga Batin
Petua 1 : Petua ini telah dicuba dan ramai yang mengakui telah berjaya. InsyaAllah disamping melakukan senaman setiap pagi, cuba amalkan minum madu lebah dan campurkan dengan minyak lenga. Madu lebah 1/2 cawan dicampur dengan minyak lenga 1/2 cawan. Minum setiap pagi.
Petua 2 : Ambil 2 biji telur ayam kampung, satu sudu besar air kunyit, satu sudu besar madu lebah asli, setengah sudu air limau nipis. Campur ramuan tersebut dan kacau sehingga sebati. Minum 2 kali seminggu.

Petua Kekal Langsing
Zaman moden ini banyak jenis makanan yang mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi.
Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.
Petua A.
Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:-
1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).
Petua B
Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".
Petua C
Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah, anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

Selamat mencuba dan amalkan segala petua diatas semuga anda sihat disamping keluarga.
والسلام

Selasa, 11 November 2008

Info dan peringatan

Manusia Bangkit

Dari Kubur Dalam Dua Belas Barisan

Semoga apa yang dipaparkan ini agar dapat memberikan kesedaran kepada kita umat Islam Muslimin dan Muslimat dalam menjalani kehidupan yang sementara ini yangmana dialog antara Nabi Muhamad SAW dengan sahabatnya yang bernama Muaz disuatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasullullah SAW dan bertanya : Wahai Rsullullah , tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah petikan dari Surah An-Naba Ayat 18 yang berbunyi
سُوۡرَةُ النّبَإِ
يَوۡمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَتَأۡتُونَ أَفۡوَاجً۬ا (١٨)
Maksudnya : Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris atau berpuak-puak.
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadikan dua belas barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri. Maka dinyatakan apakah dua belas barisan berkenaan iaitu:-

BARISAN PERTAMA - Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka."

BARISAN KEDUA - Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah Neraka."

BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka."

BARISAN KEEMPAT - Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah Neraka."

BARISAN KELIMA - Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka."

BARISAN KEENAM - Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka."

BARISAN KETUJUH - Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka."

BARISAN KELAPAN - Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka."

BARISAN KESEMBILAN - Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka."

BARISAN KESEPULUH - Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka."

BARISAN KESEBELAS - Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka."

BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih."

Pedoman untuk semua

ERTI WANITA

Di muka bumi ini ada berbagai jenis makhluk hidup yang merupakan ciptaan Allah SWT. Ada yang disebut manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk lainnya yang sudah tentu memiliki jenis yang berbeda–beda. Di antaranya adalah manusia yang memiliki dua jenis lelaki dan wanita antara positif dan negatif yang memerlukan menarik dan menolak diantara satu dengan yang lain dalam keadaan tertentu . Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam Al-Qur’an Petikan dari Surah An-Nisa Ayat 1 yang berbunyi
سُوۡرَةُ النِّسَاء
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (١)
Maksudnya : Hai segenap manusia! Takutlah olehmu kepada Tuhanmu yang Dia telah jadikan kamu dari nafas yang satu , dan Dia telah jadikan dari padanya akan jodohnya, dan daripadanya Dia kembang biakkan banyak orang lelaki dan perempuan.
Ini disokong Petikan dari Surah Al-Hujarat Ayat 13 yang berbunyi
سُوۡرَةُ الحُجرَات

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣)
Maksudnya: Wahai segenap manusia! Sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan , dan kami telah jadikan kamu beberapa puak dan beberapa suku bangsa , agar supaya kamu saling berkenalan tahu mengetahui.
Allah telah menciptakan manusia dengan kekuasaannya dengan sempurna. Dan telah menciptakan manusia dengan jenis yang berbeza. Manusia yang diciptakan Allah SWT pada dasarnya ada dua jenis yaitu laki – laki dan wanita, yang masing-masing mempunyai perbezaan.

Wanita yang disebut juga Perempuan, Puteri, Isteri , Ibu adalah sejenis mahluk dari bangsa manusia yang halus kulitnya, lemah sendi tulangnya dan agak berlainan bentuk serta susunan tubuhnya dengan bentuk dan susunan tubuh laki-laki.
Dan ada satu hal lagi yang membedakan Iaitu pada umumnya kaum wanita lebih halus dan lembut tutur katanya ini terbukti dalam kehidupan seharian setelah memiliknya. Allah SWT menciptakan mahluknya berpasang – pasangan. Tidak terkecuali wanita yang diciptakan untuk pasangan bagi kaum lelaki yang akan menyempurnakan kelangsungan hidup manusia dimuka bumi ini. Lelaki tidak akan tenang dan tenteram hidupnya bila tidak berdampingan dengan wanita dan wanita juga sebaliknya.
Allah menjadikan wanita berbeza dengan kaum laki – laki baik dilihat dari bentuk tubuhnya, kekuatannya maupun hal lain yang membezakan diantara keduanya yang perlu memerlukan diantara satu-satunya . Ada hadis yang menyebutkan bahawa dari Petikan Hadis Riwayat Imam Bukahri dan Muslim dari Abu Hurairah r.a yang maksudnya : Hendaklah kamu beri nasihat pada orang - orang perempuan itu dengan baik–baik, kerana sesungguhnya orang perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki ialah yang paling atas.
Tentang hadis itu dan banyak hadis lain yang menyebutkan bahwa wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, memang sah dan ertinya menurut logat memang demikian, hanya kebanyakan orang yang mengertikannya yang kurang luas. Kalau diertikan secara mentah, tentu akan mendatangkan kekeliruan yang besar . Kita ambil contoh saja dalam mengertikan ayat berikut Petikan dari Surah Al-Anbiyaa Ayat 37 yang berbunyi
سُوۡرَةُ الاٴنبیَاء

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
خُلِقَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مِنۡ عَجَلٍ۬‌ۚ سَأُوْرِيكُمۡ ءَايَـٰتِى فَلَا تَسۡتَعۡجِلُونِ (٣٧)
Maksudnya : Manusia itu dijadikan dari tergopoh – gopoh.
Jika ayat ini diertikan begitu mentah dan secara harfiah saja atau dengan apa adanya susunan katanya, sudah barang tentu manusia tidak akan dapat menerimanya, kerana fikiran mereka tidak mungkin menerima erti yang sedemikian itu. Dan sebenarnya ayat itu harus diertikan dengan cara majazy (bukan hakiki) , kerana ayat itu mengandung erti kiasan yang merupakan sindiran. Iaitu menyindir bahwa manusia itu bersifat tergopoh - gopoh, terburu– buru , tergesa-gesa . Jadi ayat itu sesungguhnya bererti , bahawa : Perangai atau watak manusia itu suka tergopoh–gopoh, tergesa–gesa yang seakan– akan perangai itu sudah dari asal mula kejadianya.
Dengan demikian erti hadis yang menyebutkan bahawa wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki dapat diertikan juga bahawa : Mahluk bangsa manusia perempuan itu mempunyai peringai atau tabi’at suka bengkok / tidak lurus dan ganjil , menyalahi akan lelaki seperti halnya tukang rusuk.


Kerana dari suka bengkoknya itu , seakan–akan ia dari asal mula kejadiannya diumpamakan dari tulang rusuk yang bengkok tadi Kalau diluruskan dengan keras akan patah ( pecah ) , dan kalau dibiarkan begitu saja akan bengkok selamanya.
Janganlah salah mengertikan, sebagaimana pengertian para ahli kitab ( Yahudi - Nasrani ), kerana menurut bunyi dari Bybelnya yang menyatakan , bahawa Hawa itu dijadikan dari tulang rusuk Adam. Yang selanjutnya lalu dipergunakan untuk dalil , bahawa orang perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki. Karena sesungguhnya antara lelaki dan wanita itu sama–sama di ciptakan Allah dari yang sama cuma berbeza bentuk tubuh dan tabi’atnya.
Hal ini agar dapat menunjukkan mana yang lelaki dan mana yang wanita. Dengan perbezaan ini maka lelaki dan wanita dapat saling mengerti, saling mencintai, sayang-menyayangi, kuasa–menguasai, tolong–menolong , saling menyelamatkan dan saling berdampingan untuk bersama–sama mengarungi kehidupan dimuka bumi ini .
Karena itu , kita sebagai manusia hendaknya insaf, janganlah timbul salah sangka tentang adanya perbezaan jenis dan sifat antara lelaki dan wanita. Allah menjadikan lelaki dan wanita dengan diberi beban dan tugas kewajiban sesuai dengan fitrah dan tabi’atnya masing-masing. Mereka tinggal ta’at dan patuh terhadap peraturan Allah SWT dengan tentu dan pasti , yang dengan Qudrat dan IradatNya dan dengan Ilmu dan HikmahNya. Kita harus selalu bersyukur dengan kehendak Allah , jangan kita menentang kehendakNya

Ahad, 9 November 2008

eemmmm

Dah lama aku tak up date blog... bukan tak ader cite nak up date tapi ntah la nak kate malas ari2 aku bukak blog., nak kate tak der mood eemm tah lah...,, yer kot. Aku rase macam......

Isnin, 3 November 2008

Bulan November

Bulan ni pada tarikh 24 November adalah birthday aku yang ke 24 tahun.. dah tua rupanye aku ni.. walaupun dah tua tapi mak masa voge lagi tau.... hehehehe jangan marah. wish me luck ok.. bagi yang ader pandapatan lebih tu jangan luper lah pulak beli hadiah aku yer...