Ahad, 19 Oktober 2008

Open House

Bile tiba musim raya macam sekarang ni maka banyaklah orang yang buat rumah terbuka kawan2 aku pun tak kurang sibuknya nak buat open house.. ada gak kawan aku yang mendirikan masjid dalam bulan mulia ni.. aku pun pegi rumah mana yang sempat jer sebab banyak sangat.. mana rumah kengkawan aku yang tak sempat pegi aku minta maaf yer.. ari ni opis aku pulak buat open house lah lebih kurang.

Khamis, 16 Oktober 2008

Mutiara Kata

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu
dan
menahan kehendak yang berlebih-lebihan

Rabu, 15 Oktober 2008

Bergambar lagi part II

Pic ni macam kabur sikit seingat aku dan on flash tapi entah lah korang layan jer lah k...


Rabu, 8 Oktober 2008

Bergambar lagi

Tadi kitaorang ambil gambar ramai unit aku jer lah... seronok gak dapat bergurau kejap meredakan kepala yang tengah kusut dengan kerja.. (aku tak bz sangat maksud aku kawan2 aku yang lain tu).. nanti aku tunjuk gambar yang berjaya kitaorang tangkap untuk diabadikan dalam kenangan.. tunggu tau klu korang nak tgk lah .....

Selasa, 7 Oktober 2008

Happy birthday adik :)

Ari ni birthday adik aku (soly) aku tak beli pun hadiah untuk dia.,, masa birthday aku dia beli hadiah bagi kat aku.,, nak kata tak sempat beli pun boleh gak, nak kata kekurangan duit nak beli pun boleh gak, tapi adik maafkan kakak..., nanti kakak belanja adik ok. happy birthday girl. you always in my heart..

Ahad, 5 Oktober 2008

Shoping lagi.......

Aku , soly ngan kak jijah... Sebelum kitaorang semua balik cuti raya ari jumaat tu sempat lagi shoping last minit.. kitaorang paln nak gi maju junction,sogo ngan jalan tar..rasenyer mesti ramai orang tapi sajer nak jalan2 kat situ. kitaorang singgah kat lovely lace jap...

aku suke kat butik ni barangan dia semuanyer comel sangat terutamanyer teady bear dia cute sangat.. lepas ni kitaorang gi jalan kat F.O.S soly ngan kak jijah nak usha bajut-shirt..

tengok si soly tu pilih baju kusyuk sungguh sampai aku ambil pic dia pun dia tak sedar. Lepas ni kitaorang meneruskan perjuangan ke jalan TAR. Giler ramai orang siut., sampai aku takut nak ambil gambar kang tak pasal2 telefon aku kene ragut kat situ.. aper2 pun memang meriah biler nak sambut rayer. shoping sampai tak cukup tangan nak bawak barang ...

On the way balik tu kitaorang singgah kat SOGO jap boleh tahan jugak ramai orang..

Seloka Aidilfitri

Pantun Hari Raya
Tiba raya sumer tersenyum
Selain cuti panjang nak rehatkan diri
Sekadar nak tau baju raya dah amik belum
Bila raya ngalahkan anak sendiri

Baju raya berwarna kuning
Sekali pakai nampak berseri
Elakkan makan pulut takut pening
Kambing pun perlu dijauhi

Nak makan rendang dan jugak ketupat
Sambil tu dok sumbat lemang
Kunjung-mengunjung tak kira tempat
Ramai-ramai bersalaman tangan

Harumnya katsui macam wangian
Buat sapuan seluruh badan
Dengan harapan ada keberkatan
Buat sekalian diperantauan
Salam aidilfitri tanda ingatan
Maaf zahir batin sentiasa diucapkan
Awal Syawal hari kemenangan
Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagai insan penuh kekurangan
Aidilfitri suatu kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenal erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban
Takbir bergema di hening pagi
Memohon keampunan ke hadrat Ilahi
Kini Syawal menjelang lagi
Ku hulurkan ucapan salam aidilfitri

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Selamat Hari Raya untuk semua umat islam di mana jua berada.. semoga aidilfitri ini membawa kebahagiaan yang tak terhingga untuk semua. Maaf zahir dan batin jika ada tersalah atau terkasar bahasa. Maaf jika ada perbuatan yang menyinggung perasaan. Kepada kawan2 masa kat sekolah, opis (ESSO BRP, Pusat Darah Negara, Tourism Malaysia), family aku yang tersayang aku dah maafkan segala kesalahan yang korang dah buat kat aku dan aku pun nak minta maaf atas segala kesalahan aku kat korang semua.. Dalam kita semua bergembira jangan pulak kita lupe kepada mereka yang sakit, kurang berkemanpuan dan kurang upaya. Kerana mereka tidak mampu untuk tersenyum tanpa bantuan dari kita yang lebih sempurna dari mereka jadi marilah kita menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan..