Sabtu, 21 Jun 2008

First Meeting Nubhan FC

Semalam first time aku join Meeting Nubhan FC, aku sebenarnya pada mula tak de lah plan nak gi meeting tu, biler soly tanyer kat aku nak gi tak ikut dia, aku pun on je lah sebab tak der plan nak gi mana2. Aku ni klu bab berjalan memang suke sangat, tapi lagi ler bertambah suker sebab kuar ngan kawan2 cam soly tu... mane taknyer asyik gelak jer...hehehehehe..
Kat sana dapat lah aku kenal ngan sebahagian orang kuat Nubhan FC (Vern, Makngah, Ateh, Mamapip, Zura, Tini, Diela, Wanda, Meknor, Adna dan lain2) aku tak ingat nama diaorang yang lain sory...Seronok gak dapat join diaorang ni.. Klu family, friend dan fan tak support sape lagi yang nak support kan.. Harap Nubhan akan terus berjaya dalam karier yang dia ceburi sekarang ni.... kita layan pic yang aku ambil ni sebagai bukti k..


Penasihat Nubhan FC "Vern"Soly, Dyla, Tini and Wanda Mek nor, Zura, Mamapip and adna Haq, Ateh, Vern and Makngah
Me and solyMe and KLCC

Selasa, 17 Jun 2008

Di Dalam Bersahabat....

DI DALAM BERSAHABAT... Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang,isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilaipositifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikutsedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabatbersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanyamenyekat perhubungan dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgndibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akankembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautanhati yg pasang surut.


1 1. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau diamengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia bolehmemburukkan keadaan.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diridengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Banggadiri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yangdikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Ahad, 15 Jun 2008

Computer oh Computer....

Aku minat gak dalambidang komputer ni... Biler tengok orang pandai dalam komputer ni jelous gak.. hehehe. Sekarang ni tengah populer blog.. Biler tengok blog orang lain cantik dan kreatif macam nak buat gak tapi aku tak tau.. antara yang aku suke setakat ni blog akusape(Kreatif giler banyak gak idea dia yang aku tiru), anis and my friend soly... Tapi tak per akan ku usaha dan belajar untuk buat blog yang lebih menarik... cayok.cayok.cayok...... :)

Minggu yang memenatkan

Tak tau lah nape rasa macam penat jer minggu nie dan beberapa minggu yang lepas.. nak update blog pun rasa malas... Idea banyak tapi entah lah.... eemmm

Ahad, 1 Jun 2008

Cinta

Susah nak paham tentang cinta ni sebenarnya...
Cinta ni buat kita rasa resah, tenang, gembira, sengsara, sedih,
pilu dan macam-macam lagi perasaan yang sebelum ini tak pernah kita rasa..
Bila tak jumpa kita rasa rindu, bila dah jumpa macam tak nak berpisah tapi itu semua
pada permulaanya je tapi bila dah semakin lama kita mengenalinya kita rasa lain pulak perasaanya, bukan dah bosan tetapi kita rasa kita sudah memahami dia sebenarnya tidak.. Sebenarnya saya pun tak faham macam mana nak terangkan tetang perasaan cinta ini,
saya rasa seronok bila dah jatuh cinta tapi entahlah.... Pelik saya rasa perasaan cinta ni...
Ini mungkin bagi saya je tapi tak tau lah untuk orang lain...
Cinta kepada yang maha kuasa adalah yang paling baik dan selesa....