Khamis, 28 Februari 2008

4 tahun sekali bukan sekali setahun

Hari ni adalah 29 februari 2008.empat tahun sekali baru bertemu kembali dengan 29 februari jika tidak bulan februari hanya ada 28 hari. Menurut ahli kaji astromoni 29 hari bulan februari hanya ada empat tahun sekali dan ianya berlaku pada hari jumaat. Itu menurut kajian saintis. Tapi dalam islam ianya terjadi dengan izin yang Maha Kuasa, Dia yang menjadikan segalanya.
Apa pun mereka yang dilahirkan pada 29 februari SELAMAT HARI JADI.mesti seronok sambut hari jadi mana taknya empat tahun sekali je jadi kene lah sambut.

Happy Birthday!
More Comments and Myspace Layouts at pYzam.com

Birthday aku ler...

24 November 1984 aku dilahirkan

November
Graphics and Myspace Layouts at pYzam.com



Menurut kalendar orang cina aku dilahirkan dalam tahun cina

Rat
Graphics and Myspace Layouts at pYzam.com


maksud tahun tikus menurut pahaman orang cina
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu
pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,
kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap
sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang
nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah
mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kamu memang bijak bergaya.
Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam
berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu
kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman

Khamis, 21 Februari 2008

Cepatnye masa berlalu

Tinggal seminggu lagi untuk masuk ke bulan march. masa berlalu begitu cepat perkara yang lepas akan menjadi kenangan, yang baik dijadikan kenangan yang indah manakala yang sebaliknya dijadikan sempadan untuk mengajar kita menjadi lebih dewasa..

Rabu, 20 Februari 2008


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Discount Magazine Subscriptions - Save big!

Khamis, 14 Februari 2008

sakit la pulak

Semalam aku mc.., migraine sakit giler.. masa aku nak ambil spm dulu pun sakit kuat gak macam ni tapi ni kurang sikit aku boleh tahan tapi sakit kepala ngan loya memang tak boleh tahan., tuhan je yang tahu.. semalam nak bangun pun tak boleh kepala rasa berat giler kaki tangan kebas rasa macam dah nak koma je.. nasib baik husband aku ade dia yang jage aku bagi aku ubat, picit kepala aku.. tq aby....umi sayang aby..
ni saje lah nak story sikit kat korang masa aku form 5 dulu lebih kurang sebulan aku tak gi sekolah migraine punye pasal.. tapi aku tahu ni semua dugaan tuhan kepada aku.. aku terima dengan hati dan redha..
lepas spm lagi teruk dekat setahun aku sakit kepala tak boleh nak bangun aku tak gi mana2 pun maksud aku tak kerja atau sambung belajar... ari2 makan ubat tak best langsung dah ubat tu pahit. puas la mak aku bawak aku berubat hospital pun pergi perubatan tradisional pun pergi jugak. Sakit tu tak de lah hilang tapi cuma kurang sikit je sampai sekarang..
Masa belum kawin mak yang jage aku masa sakit.., sekarang bila dah kawin husband aku yang jage aku masa aku sakit..

Selasa, 5 Februari 2008

Birthday nisah

4 februari 2008 adalah birthday adik ipar aku yang bongsu.. NURANISAH SHUKOR

aku ngan husband beli jam tangan untuk nisah.. aku tak tau lah ape yang nisah dapat dari mak ngan abah atau adik-beradiknya lain.. Kak yati ngan Abg mar akan sentiasa doakan kebahagian untuk nisah..

Isnin, 4 Februari 2008

Tragedi 1 Februari 2008

1 Februari 2008 adalah hari cuti wilayah persekutuan, dalam erti kata lain aku cuti lah apa lagi. Aku memang tak de plan nak gi mana-mana. Dari pagi sampai petang asyik memerap kat rumah boring lah pulak. Aku ajak husband aku gi rumah mak aku jap saje nak borak ngan adik aku.. Masa aku sampai kat rumah mak, adik aku Eka (yang nombor tiga) tu belum balik keje lagi. Aku pun borak ngan mak n adik aku Bai (yang kedua).. Setengah jam kemudian telefon mak aku berbunyi aku pun buat tak kisah je lah.. tiba-tiba suara mak aku makin tinggi, aku pun apa lagi pasang lah telinga .. tapi tak berapa paham apa yang mak aku cakap. Lepas je mak aku letak telefon dia bagi tau adik aku accident.. aku ngan bai pun panik terkejut.. Mak aku cakap adik aku dah ada kat Hospital Sungai Buloh.. Mak aku ajak husband aku gi tengok adik aku kat Hospital aku nak ikut pun tak leh sebab naik motor je.. Aku pun sabar je lah menunggu kat umah ngan adik-adik aku yang lain. Sejam kemudian husband aku balik, dia ajak aku gi ambil motor adik aku kat simpang tempat dia accident.. Sampai je aku tengok motor adik aku tak de. aku ngan husband aku dah panik.. aku pun cepat-cepat telefon adik aku. dia cakap memang dia tinggalkan motor kat situ sebelum dia gi hospital.. rupanya ade orang kat kedai tu simpankan kat kedai dia takut hilang.. Balik je adik aku pun dah ade kat rumah tak de yang patah cuma terseliuh je,.. tapi kat muka kat tangan ngan kaki luka, dalam gak la luka tu dia dapat mc seminggu.
Kesian aku tengok adik aku...
Dalam perjalanan balik ke rumah kat simpang Petronas Paya Jaras pulak ade accident, husbnad aku nak tengok tapi aku tak bagi rasa panik tadi pun tak hilang lagi dah ade accident lagi aku jadi fobia sekejap..Kereta polis 2 buah ade kat situ, orang ramai tak yah la cakap punye la ramai.. tak tau la nak kata apa yang accident agaknya. kereta ngan motor lah aku rasa.. tapi biarlah malas nak tengok aku nak balik cepat dah letih sangat ni..
Sampai je kat trafic light kat Bukit Rahman Putra.. aku tengok ade 2 ke 3 buah kereta berhenti tepi jalan aku ingat ade road block.. husband aku pun bawak slow la.. sampai je aku punye lah terkejut accident lagi kali ni lagi teruk kereta tu kemik.. aku ingat tak de orang dalam kereta tu rupanya ade orang lagi kat dalam kereta tu.. diaorang cakap dah mati. Husband aku tanye orang kat situ dia cakap orang cina kat dalam kereta tu bawak laju pastu terbabas langgar pembahagi jalan. Lima minit kemudian ambulans ngan bomba datang aku ajak husband aku balik tapi dia nak tengok aku pun layen jer leh husband aku tu.. Mulanya aku tak nak tengok pastu bila orang makin ramai tengok aku nak jugak tengok macam mana pihak bomba menjalakan tugas mereka mengeluarkan mangsa kemalangan jalan raya.. bila aku terpandang salah seorang anggota bomba tu.. patutlah macam kenal je..jiran mak aku rupanye. kecilnye dunia ni mana kita pergi ade je oang yang kita kenal...
Bila aku tengok mayat tu rasa macam biasa je tak le takut sangat. Husband aku pulak yang lebih-lebih takut,. tadi dia yang ajak aku tengok pastu dia yang takut. Balik rumah aku terus mandi wajib sebab tengok mayat tadi tu. Aku masih tak rasa apa-apa lagi bila nak tidur asyik teringat mayat tu.. sampai ke pagi aku tak boleh tidur esok bangun pagi aku rasa badan aku dah panas..Demam..
Kejadian kemalangan pertama yang pertama aku tengok dalam hidup, aku selalu baca kat surat khabar atau tengok tv bila tengok depan mata sendiri tu yang terus demam..
Dah la adik aku accident, on the way nak balik rumah ade lagi accident memang pengalaman yang tak mungkin aku lupakan mulanya aku nak ambil gambar pastu rasa takut pulak tu jadi aku story je la kat blog aku ni.
Semoga menjadi iktibar untuk aku dan korang semua..