Rabu, 31 Disember 2008

sama lah pulak...

huhuhuhu tadi aku bukak blog paknil.... ala dj radio era tu... tak kan tak kenal kot... blog dia ok lah.... seronok gak baca.. tapi yang terkejutkan aku ialah .............


Ni kek paknil sempena birthday paknil yang ker 46,

dan ini kek birthday aku yang ker 24.....

hah kan dah sama.... betul tak aku cakap same.. tapi beli kat kedai yang berasing kot.. mana lah tau beli kat kedai yang same ker... aku teka jer...hehehe


Tapi aku rase tak kot.. birthday paknil 6/11 birthday aku pulak 24/11...

tapi aper pun semuanya tuhan yang maha menentukan segalanya.....

Selasa, 30 Disember 2008

Ujian Tuhan yang maha ESA

Ari ni selah seorang dari pegawai kat tempat aku kerja ni ... bapanya telah meninggal dunia... aku agak terkejut jugaklah sebab tengah2 semua orang sibuk dengan urusan kerja masing-masing tiba-tiba kawan aku call dan dia cakap bapa abg jj meninggal dunia kat melaka.. abg jj tu nama panggilan kat opis nama sebenar dia En. Jamaludin.. takziah aku ucapkan untuk keluarga abg jj.. aku pun tumpang simpati ke atas keluarga abg jj.. menurut kawan aku bapa abg jj ni sihat tak der apa-apa penyakit kronik.. cuma sakit tua jer.. ini aku jadi kan muhasabah diri.. tiap-tiap yang hidup pasti akan mati.. cuma kita tidak tahu biler masa nya akan tiba...

Isnin, 22 Disember 2008

Bola Jaring part II

Bertemu kembali dalam siri kedua hehehehe.. Kan aku dah cakap kitaorang memang pandai sangat main... Klu tak, takkan dapat nombor 3.. tak cayer nak tengok pic jom layan...hehehehe


Sebelum main mestilah buat regangan sikit klu tak kang ader yang mati kekejangan pulak kang... hhuuhuhuhu..
ini antara kawan opis aku yang datang memeriahkan suasana kat sini...
ni lah team aku..hhuhuhuh

so ini lah pic aku ngan kawan2 kat perlawanan bola baling antara bahagian... walaupun kitaorang dapat tempat ketiga tetap dikira menang kan...hehehe..

Khamis, 18 Disember 2008

Boleh ker aku main...

Ari ahad ni 22 Disember 2008 ni ader perlawanan Bola Baling antara Division kat Opis aku ni.. aku tak der lah ambil port sangat mulanyer.. pastu semalam kakak kat tempat aku ni dia cakap tak cukup orang untuk wakil division aku ni.. jadi diaorang suruh lah aku join sekali... aku mulanyer tak nak tapi boleh lah .... nak cukupkan orang kan.. sebenarnyer aku tak nak sebab aku tak tau main langsung... aper pun korang tunggu jer lah keputusannyer ari isnin nanti aku up date kat blog aku ni k... haaaai camner lah kat padang nanti ahad ni... eeemmmm..

Rabu, 17 Disember 2008

Main bowling...hehehehe

Hujung minggu lepas aku ngan adik2 aku kitaorang gi main bowling kat One Utama.. seronok gak dapat lepas kebosanan dan kepenatan minda dan badan..hehehe dah lah tu jom layan pic yang aku ambil ni.hehehehee
Cuba teka mana satu kasut yang aku pakai....hahahaha... aper pun yang penting petang tu kitaorang semuanyer enjoy k...

Selasa, 16 Disember 2008

Makanan untuk di makan....hehehehe

Ari tu aku teringin nak makan Kenny Rogers Roasters. So aku pun gi lah makan untuk tidak kempunan... sedap...
Terima kasih kepada tuhan yang menberi rezeki kepada hambamu ini... amin. dah kenyang ape lagi balik lah rumah meneruskan kehidupan seperti biasa... hehehhe.

Tempat kerja aku....

Aku bekerja di TOURISM MALAYSIA.. sebuah badan berkanun yang berusaha menjadikan industri pelancongan negara sebagai sumber utama pendapatan negara dan penyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negara dan misi tourism malaysia ialah memasarkan malaysia sebagai destinasi yang unggul di rantau ini.. TOURISM MALAYSIA bertapak di bangunan PWTC (Menara Dato' Onn atau Bangunan UMNO) Kuala Lumpur.

Hebatkan misi dan visi TOURISM MALAYSIA tempat aku bekerja.. jadi aku sebagai salah seorang kakitangan haruslah berganding bahu dengan kakitangan yang lain untuk merealisasikan impian tersebut.. ...

Ahad, 14 Disember 2008

Holiday......

Biler hujung tahun semua orang plan nak gi sana lah sini lah yer lah mana tak nye cuti bukannye boleh selalu.. yerlah asyik kerja jer sekali sekala nak gak rehatkan minda yang dah penat digunakan sepanjang masa... aku pun ambil kesempatan ni untuk bercuti dengan.... hehehehehe family lah korang ingat sape... ok lah nak gi jauh kurang berkemanpuan jadi aku plan gi melaka je lah. walaupun dah banyak kali gi melaka tapi biler dah besar2 ni nak tengok benda2 bersejarah ni macam malas gak tapi sekali sekala ok lah kan. korang layan jer lah pic yang aku ambil ni k... Kitaorang sampai kat hotel malam so tak der lah gi mana2 sebab badan pun penat. kitaorang pun gi makan malam jer lah. pastu pusing2 bandar hilir tapi kejap jer...

Malam pertama sampai kitaorang check in pastu perut pun dah lapar gi lah makan kat umbai tempat ikan bakar yang sedap tu ...
Raplika Tiger ni asalnyer dicipta untuk kegunaan orang kampung bagi mereka yang ader kebun untuk menakutkan binatang yang merosakkan kebun mereka.pastu mereka jadikan sebagai salah satu kraftangan untuk menambahkan pendapatan mereka . baguskan...


Kat sini kita boleh pilh jenis ikan yang kita suke, aku pilih ikan siakap separuh bakar separuh masak 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng butter, ketam black paper ngan kailan ikan masin. nasi lemak memang sedap. kat sini mereka makan nasi lemak ngan ikan bakar menggantikan nasi putih yang biasa kita makan.
Ikan siakap masak 3 rasa. sedap tuh..
Ikan bakar sedap giler air asam dia first class memang sedap...
Sotong goreng tepung walaupun dah selalu makan kat kl tapi biler kena ngan masakan orang sini jauh beza dengan masakan orang kl...sedap...
Ketam black paper..ni pun sedap
Udang goreng butter ni sedap tau..klu memang dah kaki makan semua pun sedap..
Kailan ikan masin sedap tul lah....ikh ikh ikh semua nyer sedap...
Ni lebih kurang macam desert lah..., otak-otak ngan jeli kelapa sedap dari yang pernah aku makan sebelum ni..

so ini lah kesemuanya makanan kitaorang malam tu.. harge nye tak yah lah tanye janji sedap dah memuaskan hati.. kan.. lepas makan kitaorang jalan2 jap kat bandar hilir, pastu balik lah penat nak rehat. Pada hari kedua kitaorang sarapan pagi dekat hotel jer.. pastu dalam kul 10 pagi kitaorang terus jer g jalan2 pusing melaka.. Tempat pertama makam tun teja... Tempat kedua pulau besar... sampai kat sini balik dah tengahari so perut pun dah lapar.. lepas ni kitaorang plan nak gi jalan2 kat bandar hilir.. jadi kitaorang plan makan kat sana jer lah sebab masa naik beca pusing bandar hilir malam semalam pakcik yang bawak kitaorang tu ckp nasi kandar kat kedai makan sekitar bandar hilir tu sedap so kitaorang nak try lah...

walaupun korang tengok makanan ni cam biase jer tapi sedap tau... tapi harge dia mahal ckit lah dari kl yer lah kata tempat pelancong mestilah mahal ckit tak.. tapi sekali sekala boleh lah klu selalu botak kepala oooo.
satu hari suntuk kitaorang berjalan pusing2 melaka.. badan pun dah penat.so kitaorang pun balik hotel jer lah x g mane2 lagi dah.. kitaorang g holiday tiga ari dua malam jer.

Hari ketiga kitaorang gi jalan2 kat ayer keroh sebab tu on the way nak balik kl... sebelum tu kitaorang gi singgah kat perkampungan portugis..

kemudian kitaorang gi perigi hang tuah...
kemudian ke taman buaya melaka....
kemudian ke taman mini asean melaka...
tempat terakhir yang kitaorang gi sebelum balikialah zoo melaka..

So ini lah pic aku gi holiday for this year.. klu dizinkan tuhan panjang umur aku lagi tahun depan aku nak gi jalan2 kat tempat lain pulak tapi mane satu lokasi belum diputuskan lagi...