Khamis, 11 Oktober 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari ini adalah hari terakhir berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Esok tibalah Aidilfitri hari kemenangan untuk umat islam.Aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin untuk semua umat islam. Persiapan untuk menyambut aidilfitri pada tahun ini sederhana sahaja, aku tak tahu lagi balik kampung ke tak? aku ikut je suami aku. Bulan Ramadhan kali ini banyak peristiwa yang tak mungkin aku lupa tapi itu semua aku anggap sebagai dugaan dan ujian dari tuhan aku terima dengan Redha...
Sesungguhnya aku sebagai hamba terima segala suratan yang telah tertulis untuk aku TUHANKU...
Aku harap mereka yang diduga juga dapat mengambil iktibar untuk memperbaiki kesalahan diri dan berubah untuk menjadi lebih baik dari masa ke semasa..

Isnin, 8 Oktober 2007

Majlis Berbuka Puasa

20 September 2007 Majlis berbuka puasa dengan Menteri Pelancongan Y.Bhg Datuk Sri Tengku Adnan Tengku Mansur Dekat Hotel Seri Pacific. Aku pergi ngan budak opic ni.. solly, eja, rizal,ali,lobo,zul.. Kitaorang duduk semeja Memang happy first time dapat berbuka puasa ngan kawan opis baru ni..

Ahad, 16 September 2007

Kau terlalu Istimewa

Terlalu Istimewa

Ku Tak Tergambar Wajahmu

Sinar Mata Itu
Lirik Senyumanmu
Pesona Yang Membelai
Wajahmu Bercahaya
Memberi Bahagia
Tiap Yang Memandang
Hati Jadi Salju

Kau Terlalu Istimewa
Kasih Dan Sayangmu Terpancar
Seikhlas Tiada Batasan
Terus Membara
Terkilan Rasa Jiwa
Ingin Ku Lihat Mu Dewasa
Apa Daya

Tuhan Lebih Menyayangimu

Ku Pasti Kau Berbahagia
Duduk Di Sampingnya
Mendengar Cerita
Sekadar Rahsia

Tak Tertanggung Rindu…
Mendengar Suaramu…
Tawa Mengusik Jiwa…Oh…




Rabu, 12 September 2007

Puasa

Hari ini hari pertama semua umat islam menunaikan ibadah puasa..
Aku rindu sangat pada keluarga aku kat kampung.
Teringat masa aku kecil, bila balik kampung nak sambut puasa dengan
atuk, opah, semua pak cik ngan mak cik, sepupu aku rasa happy sangat.
Tapi sekarang atuk dah tak de....
Walau macam mane pun aku tetap happy dengan ape yang ade sekarang.

Selasa, 11 September 2007

Bersara dah sorang kawan aku.

31.08.2007 tarikh persaraan kawan aku (Maznah Bt Md. Nor) Semaga menempuh hari akan datang dengan lebih ceria.
Kak Maznah dah bersara. aku pun akan bersara satu hari nanti bila dah cukup tempoh perkhidmatan, tapi sebelum itu aku mesti menempuhi pelbagai dugaan ada yang senang ada yang susah, itu semua lumrah kehidupan sebagai manusia..

Ramadhan ini

Bertemu kembali dengan Bulan mulia Bulan Ramadhan.
Cuma kali ini aku menyambutnya di tempat kerja baru aku di PWTC.
Kali pertama aku menyambut Ramadhan semasa bekerja di ESSO BRP.
Kemudian di Pusat Darah Negara.Dan kini di Tourism Malaysia.
Walaupun tempat menyambutnya berbeza tetapi aku tetap akan cuba
melakukan Ibadah Puasa dengan sebaik mungkin.
Sudah dua tahun aku berpuasa sebagai seorang isteri.
Semakin banyak pengalaman hidup berumahtangga dan
semakin aku mengenali suamiku.
Aku bersyukur dengan segala yang telah di anugerahkan
oleh Tuhan kepada aku. Dari aku mula mengenali dunia
hingga kini.. Terima Kasih dan aku bersyukur YA TUHANKU..
Aku akan sentiasa berdoa untuk kebahagian
aku, suami, keluarga, sahabat
dan seterusnya untuk muslimin dan muslimat..

Periksa la pulak..

11.09.2007 aku periksa pengesahan jawatan. Dekat Wisma Belia.Bertolak dari pwtc ok tp si roslan pemandu tak tau jalan pulak, sampai kat tempat periksa kul 9.50 pagi. Periksa start kul 9.30, 20 minit lewat..Menggigil tangan aku nak jawab soalan, masa 1 jam je.. Tension betul... Tapi bagi aku soalan tu ok lah tak berapa senang dan tak berapa susah. Harap2 aku lulus..

Ahad, 26 Ogos 2007

Urusetia Hari Keluarga


Antara kakitangan yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakan hari keluarga di Bukit Merah.Thanks lot my firends... Tanpa pengorbanan korang semua tak mungkin dapat berkumpul semua staff tourism malaysia di Bukit Merak Lake Town Resort..

Selasa, 21 Ogos 2007

Tenang dan aman...Peace No War

Pemandangan kat kampung setiawan..tenang bila sampai kat sini, kat kampung atuk tak macam ni.Sesekali balik kampung lega rasa kepala ni tengok suasana tenang macam ni.jauh dari kesibukan lalulintas,habuk,bising kenderaan,bising bunyi mulut orang yang banyak bercakap..kesimpulannya memang tenang lah...

Family Day

Jumaat ni bersamaan dengan 24 Ogos 2007 (11 Rejab 1428 Hijrah) Aku ngan semua staff TOURISM MALAYSIA gi family day kat bukit merah lake town resort. Aku pergi naik bas (bas no 1).Hari ahad balik kat kl balik..

Anak sape lah ni..?

Ni adik aku "Puteri Nurmaisarah". Comel tak...?mestilah macam kakak dia..
Adik yang bongsu.....

Isnin, 20 Ogos 2007

Jangan Marah haa..:)

Ni Solly ngan Eja.Kiranya lebih kurang macan kawan aku jugak lah.Tapi Kerusi yang solly duduk tu kerusi aku bukan solly nyer.. he.he.he.sorry solly jangan marah nanti aku jual ko baru tau..

he.he.eja duduk kat tempat dia lah.lagi satu kamera yang digunakan untuk amik gambar diaorang tu kamera aku..jangan marah..he.he. senyumlah macam tak ikhlas jer dah la dapat amik gambar guna kamera aku lagi tak nak senyum...

Semua Untukmu

Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi
Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergiDirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergiDirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Ahad, 19 Ogos 2007

Ntah ler.....

Mase mula2 masuk kat pwtc aku rase boring sangat sebab tak de kawan yang aku boleh masuk.. Bila dah lame2 baru la aku rase ok sikit dengan kawan kat sini.Tapi kat sini tak banyak kerja yang nak dibuat jadi... kebanyakan masa aku main internet atau game jela...Bila solly masuk kerja kat sini dia ajar aku buat blog ni. so tak de la asyik main game je.dapat jugak aku pelajari sesuatu yang baru..mase bulan pertama, kedua , ketiga aku asyik sakit kepala la,deman la, kadang2 sakit hati(ade lar orang tu..............................) tp semua tu dugaan..

Ahad, 5 Ogos 2007

Tambah ilmu pengetahuan

Ari ni solly ajar aku nak buat movie maker..
Mulanye tak berapa nak paham lame2 baru la paham sikit-sikit..
Tambah la lagi ilmu aku tentang IT.

PWTC Ting 17

16.04.2007 Hari pertama aku memulakan
kerja sebagai Pembantu Tadbir Rendah ( Tetap ).
Kemudian aku di tempatkan
di Khidmat Pengurusan (Bilik Typist).

Suamiku

Mohammad Amar Bin Sukor
Suamiku,
Perkahwinan yang mengajar aku menjadi lebih dewasa,
Mengajar aku menjadi lebih bertanggungjawab,
Suamiku,
Segala pengorbanan yang aku dan suamiku lakukan
untuk mendirikan mahligai bersama tercapai akhirnya,
Aku bersyukur kepada ILLAHI..
Suamiku,
Terima kasih atas segala kasih sayang yang abi berikan
kepada umi.
Umi sayang Abi...

Ahad, 29 Julai 2007

Best nyer

hari ni aku buat blog utk aku....