Rabu, 10 Disember 2008

Tambahan ilmu

KELEBIHAN BISMILLAH
ِ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1) Yang pertama di tulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap matapun sejak BISMILLAH di turunkan kepada Adam - Petikan dari Hadis Qudsi.

3) Tatkala BISMILLAH di turunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua Syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu di bacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan Malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 Malaikat Neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari .

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH(penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di Syurga yang sangat tinggi dan di ampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan Syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Jalan-jalan cari .... ape2 je lah

Seminggu sebelum hari raya korban, aku jalan2 kat sunway piramid saje je bukan nak beli aper pun.. kononnye teringin nak main iceskating pastu orang punyer lah ramai... maka nya aku jadi penonton jer lah .. seronok gak tengok gelagat orang ramai... macam-macam perangai ader.


Dah lame tak gi jalan-jalan camne seronok tu walapun penat.. lepas jalan2 dalam sunway ni kitaorang gi tengok wayang kat one utama nak tengok kat sini penuh gile nak beratur pun dah sampai kat tangga.. balik dari tangok wayang kitaorong gi makan kat kedai mamak jer makan roti chesee nan sedap tu....

Selasa, 9 Disember 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

10 Zulhijjah 1429 hijiriah adalah tarikh dalam kalendar islam, jadi kita semua di sini boleh lah merayakan aidil adha.... ataupun hari raya korban.. Walaupun tak semeriah aidil fitri tapi aku tetap merayakan dengan family aku... dah lame aku nak buat korban.. bile aku start simpan duit tapi ader je benda yang nak beli.. tapi tahun ni aku nekad nak buat korban gak.. Allhamdulillah dapat jugak aku buat korban tahun ni.. nait nak gi tengok orang sembelih lembu tapi ari hujan jer bile dah hujan tau je lah penyakit malas tu pun datang lah.. so aku duduk kat umah jer lah. aper pun aku tetap bersyukur dengan rezeki yang di berikan oleh tuhan kepada aku dapat aku tunaikan niat aku untuk korban tahun ni..

Selasa, 2 Disember 2008

Batik oh batik

Minggu lepas ade pameran batik kat opis aku ni.. Kata PWTC tiap-tiap minggu ade jer pameran yang berlangsung kat ruang legar ni.. Minggu lepas adalah pameran batik.. banyak yang cantik2 tapi harge pun cantik gak... tak mampu nak beli dapat ambil gambar pun jadi lah... maka layan lah pic yang aku ambil ni....


Gambar ni blur ckit.. maklum lah camera tak terang sangat... masa nak ambil pic ni malu gak macam lah pelancong dari mana tah padahal opis kat atas ni jer... nasib baik semua penjual batik ni sporting..... hehehehehe

Isnin, 1 Disember 2008

Ingatan untuk semua

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS
ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:1.
Rasa hormat pada diri sendiri;2.
Rasa hormat kepada orang lain;3.
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Disember

dah masuk bulan terakhir dalam tahun 2008, bermakna umur aku semakin bertambah lah.. tapi kehidupan mesti diteruskan, lakukan amalan sebanyak yang mungkin.. kerana kita tidak tahu sampai bila kita dapat hidup di bumi ini.. ingatan ini untuk diri aku sendiri dan semua..

Khamis, 27 November 2008

Cinta....

Photobucket

Kadang kala hati ini merindui..... Kadang kala hati ini ingin dekat dengannya........ Kadang kala hati ini tak ingin berpisah denganya..... Tapi pertemuan dan perpisahan adalah lumrah hidup.... Harusnya kita menghargai apa yang kita milik sekarang ini..