Ahad, 6 April 2008

APRIL

Dah masuk bulan april sekejap jer rasa masa berlalu.. Bulan april ni aku belum update blog lagi ni baru nak update.. maklumlah kena ganti orang ni tak best sangat jadi lambat lah aku update.. banyak yang aku nak tulis tapi bila kat tempat orang ni rasa tak semangat nak buat blog.. k harap semua yang mengenali diri ini berjaya dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan...
cayok..cayok..cayok.

Isnin, 31 Mac 2008

gambar poloroid aku


layan jer lar........
klu korang nak wat jugak
masuk kat
kat sane ade macam2 benda yang korang
semua leh buat...k

Ahad, 30 Mac 2008

Bandingan manusia dan buah

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

Nama Dalam Bahasa Jepun

Nama aku dalam bahasa jepun
JORURI NINOMIYA
cute gak nama ni aku sukelah..
Klu korang nak try nama korang masuk kat
http://rumandmonkey.com/widgets/toys/namegen/721/

Isnin, 24 Mac 2008

Seksa suami dan isteri

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah
bilik yang sederhana besar, di atas katil......
sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru
masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi
isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Isteri: Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu....
abang selalu pegang tangan saya bila
kita nak tido." Suaminya dengan separuh
sedar, menggenggam tangan isterinya,
pas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika pas tu,

Isteri: si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....
abang selalu cium saya.
" Si suami dengan rasa terganggu,
mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si isteri.

Pas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat,

Isteri: si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....
abang selalu gigit-gigit leher saya......
" Dengan perasaan marah dan geram,
si suami melontar selimutnya
dan bangun dari katil tu.

Isteri: Si isteri bertanya,"Abang nak gi maner tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

Suami: "Nak gi amik gigi ..."
HAHAHAHHA......................
nape tak gelak nikan lawak gelak lah Ha.Ha.Ha.

Anugerah

Setiap manusia dalam dunia ini inginkan kebahagian. Kita selalu tertanya-tanya kenapa kebahagian yang kita idamkan belum ketemu tapi pernahkah kita rasa yang sebenarnya kita layak atau tidak untuk menerima kebahagian itu. Kerana semua yang terjadi adalah ketentuan tuhan, kita hanya merancang tetapi semuanya telah ditetapkan olehNYA..
Anak sememangnya anugerah tuhan yang tidak ternilai, apabila kita telah diberi anugerah ini hendaklah kita menjaganya, memeliharanya dengan sebaik mungkin..
Tetapi kadang-kadang manusia lupa untuk memelihara anugerah ini dengan sebaiknya.
Bagi mereka yang mudah untuk mendapatkan anugerah ini mereka sering lupa untuk bersyukur dengan anugerah yang diberikan kepada mereka..
Tapi bagi mereka yang tidak mudah untuk mendapatkan anugerah itu harus berusaha dengan lebih gigih dan percaya bahawa mereka juga berpeluang untuk memiliki anugerah itu juga..


Renungan

Petikan dari Mutiara Kata yang maksudnya :

Orang yang bertanya dikala dia tidak tahu, adalah bodoh ketika dia bertanya tetapi orang yang tidak bertanya itu, akan bodoh buat selama-lamanya DAN Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira SERTA Orang yang berilmu di antara orang-orang yang jahil adalah seperti pohon yang hijau di tengah-tengah pohon yang kering.